10 Kafe Di Lembah Klang Dengan Tiramisu Yang Sedap & Bawah RM30

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp
(sumber: @thetokyorestaurant/Instagram)

Sejak kebelakangan ini, tiramisu sering menjadi kegilaan orang ramai terutamanya di media sosial.

Banyak juga penggemar kafe dan makanan manis di Malaysia telah melontarkan pendapat mereka setelah beberapa penjual tiramisu menggeluarkan produk mereka dengan harga yang tidak munasabah.

Jika anda ingin mengikuti trend ini dan mahu merasai tiramisu yang sudah semestinya high quality, artikel ini dapat membantu memendekkan proses pencarian tiramisu yang berbaloi dan lazat.

Ini adalah senarai pilihan kami bagi tiramisu terbaik di Lembah Klang:

1. OGA Tea & Dining

(sumber: @ogateadining/Instagram)

Kalau korang jenis suka estetik Muji, OGA ni kena jadi tempat lepak korang. Tapi yang buat tempat ni special adalah dia punya matcha tiramisu dengan nama yang glamour, Getsusui Matcha Tiramisu.

Matcha dia bukan jenis manis-manis lemak kerana ianya diimport terus dari Jepun. Maka, rasanya creamy, light, dan balance dengan rasa pahit manis. Pengunjung boleh makan sorang tapi kalau kongsi dengan yang tercinta pun tak rugi!

Paling best? Tempat dia sangat tenang dan sesuai kalau nak lepak dengan member atau nak healing sorang-sorang. Boleh ambil gambar sekali sebab lighting dia cantik dan nampak natural.

(sumber: @ogateadining/Instagram)

Lokasi:

18 Jalan Kamuning,

Off, Jln Imbi,

55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

11 a.m. – 11 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM18

2. Yellow Brick Road

(sumber: @yellowbrickroadcafe/Instagram)

Kafe ni memang popular dalam kalangan peminat brunch dalam KL disebabkan ia selalu keluar di FYP TikTok dan Instagram, especially sebab vibe dia yang tenang dan aesthetic.

Antara dessert kegemaran orang ramai di sini ialah YBR Tiramisu, dengan tekstur lembut, rasa yang tidak terlalu manis, dan kepahitan kopi yang tidak terlalu kuat.

Yellow Brick Road juga ada menu brunch yang berat seperti Big Breakfast, dan tiramisu mereka sangat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut yang ringan dan memuaskan. Lokasi dia agak chill, tetapi pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal disebabkan kafe ini agak sesak di hujung minggu.

(sumber: @yellowbrickroadcafe/Instagram)

Lokasi:

Kompleks Pejabat Damansara,

Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five No.49,

Jalan Dungun, Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi:

8.30 a.m. –  9.30 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM27

3. Chloe.co

(sumber: @chloe.co_cafe/Instagram)

Dekat area SS2 ini memang banyak hidden gems, tetapi Chloe & Co merupakan antara tempat makan yang makin ramai kenal terutamanya yang suka suasana santai dan kopi yang sedap.

Kafe ni tidak terlalu besar, dan ia mempunyai vibe yang tenang. Disebabkan ini, Chloe & Co menjadi pilihan ramai untuk study, buat kerja, atau sekadar nak lepak dengan kawan-kawan. Aesthetic dia clean dan cosy, dengan lighting yang soft. Senang cakap, memang rasa selesa.

Untuk pencuci mulut, Classic Premium Italy Tiramisu mereka jadi pilihan ramai walaupun tak banyak review macam tempat-tempat viral yang lain. Harganya cuma RM22 dan dikira sangat murah untuk lokasi di sekitar SS2, dan rasa dia dapat pujian ramai sebab balance—tak terlalu manis, tak terlalu pahit.

Layer kek kopi yang moist dipadankan lagi dengan mascarpone yang lembut membuatkan ia senang dihabiskan sendirian. Tapi kalau datang lepas makan besar, boleh juga share berdua sebab portion dia agak sederhana.

Kalau nak cari spot yang chill dan tak terlalu overhyped, Chloe & Co memang berbaloi masuk dalam senarai korang.

(sumber: @chloe.co_cafe/Instagram)

Lokasi:

151, Jalan SS 2/24, SS 2,

47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

10 a.m. –  10 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM22

4. Portofino

(sumber: @portofino.my/Instagram)

Portofino merupakan restoran Itali yang dah lama bertapak dalam KL, dan ia cukup terkenal dengan menu pasta, pizza, dan dessert yang pelbagai. Tiramisu Classico yang jual di sini juga dikatakan antara yang authentic.

Mereka menggunakan resepi turun-temurun dari Itali dengan penggunaan mascarpone yang padu dan sponge yang diserap espresso.

Bagi yang tengah cari tempat untuk makan malam romantik atau makan besar dengan kawan-kawan, Portofino wajib masuk senarai korang. Harga pun masih dalam bajet bawah RM30, sangat berbaloi!

(sumber: @portofino.my/Instagram)

Lokasi:

Unit G5, The Sphere, 1 Avenue, Bangsar South,

59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi:

10 a.m. – 11 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM28

5. JINGS Specialty Coffee

(sumber: @jings.specialtycoffee/Instagram)

Salah satu port yang makin ramai orang highlight dekat TikTok, Jings Specialty Coffee ni bukan sekadar tempat kopi tapi juga terkenal dengan tiramisu yang disediakan.

Kafe ini terletak di atas restoran New Apollo, dan dari luar nampak sederhana, tapi bila naik tangga, terus dapat vibe minimal, bersih dan tenang. Ramai datang sini sebab suasana yang chill dan sesuai nak lari sekejap dari dunia luar yang bising.

Tiramisu di sini tidaklah terlalu viral, tapi ramai puji disebabkan rasanya yang smooth dan balance. Krim dia tak berat, sponge cake dia moist dan yang penting, bebas alkohol dan mesra Muslim.

Walaupun harganya bawah RM20, ada pengunjung yang berpendapat bahawa portion dia agak kecil. Jadi, bagi mereka yang suka makan manis, mungkin korang perlu order dua.

Selain tiramisu, Jings juga dikenali dengan hidangan fusion seperti onigiri kari, katsu don, dan matcha latte yang sangat laris. Tapi kalau datang semata-mata nak duduk bersantai, boleh pesan kopi dan tiramisu sambil dengar lagu jazz di kafe ini.

(sumber: @jings.specialtycoffee/Instagram)

Lokasi:

 2A, Jalan USJ 4/6b, USJ 4,

47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

8 a.m. – 5.30 p.m. (Isnin – Khamis)

8 a.m. – 10 p.m. (Jumaat – Ahad)

Harga:

RM19

6. Pause Cafe

(sumber: @pausecafe_kl/Instagram)

Kalau korang suka kafe yang jenis artsy dengan dessert yang sedap, Pause Cafe wajib ada dalam senarai. Terletak di area Kampung Attap, tempat ni memang kecil tapi ada aura kreatif tersendiri yang unik.

Deko kafe ini merangkumi gaya old-school Malaysia dan bersifat indie. Apa yang buat ramai tertarik? Tiramisu dia dihidangkan dalam cawan kopitiam, bukan mangkuk fancy atau bekas kaca seperti di kafe lain.

Walaupun nampak playful, rasa dia sangat lazat dengan krim mascarpone yang smooth, kopi yang pekat tapi tidak berlebihan, dan taburan koko yang menambah seri.

Dengan harga bawah RM20 dan rasa yang lazat, tiramisu di sini memang lain dari yang lain.

Kalau korang jenis suka vibe klasik dan dessert yang ada gaya tersendiri, Pause Cafe sangat berbaloi untuk korang pergi!

(sumber: @pausecafe_kl/Instagram)

Lokasi:

140, Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap,

50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 

Waktu Operasi:

10 a.m. – 7 p.m. (Selasa – Jumaat)

9 a.m. – 6 p.m. (Sabtu – Ahad)

Tutup setiap hari Isnin

Harga:

RM18

7. The Tokyo Restaurant

(sumber: @thetokyorestaurant/Instagram)

Terletak di tingkat 4 Isetan Lot 10, The Tokyo Restaurant dikenali dengan suasana elegan dan menu Jepun yang diinspirasikan dengan sentuhan moden. Antara pencuci mulut yang mendapat perhatian ramai ialah Ebisu Tiramisu.

Ebisu Tiramisu menampilkan lapisan mascarpone cream yang lembut dan ladyfingers yang direndam dalam espresso serta serbuk koko. Pencuci mulut ini tidak mengandungi alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk semua.

Selain tiramisu, The Tokyo Restaurant juga terkenal dengan 6th Avenue Cheesecake mereka, yang sering dianggap sebagai cheesecake terbaik di Kuala Lumpur.

Gabungan suasana yang nyaman, layanan mesra, dan hidangan pencuci mulut yang berkualiti menjadikan restoran ini destinasi yang patut dikunjungi bagi korang yang suka makan manis!

(sumber: @thetokyorestaurant/Instagram)

Lokasi:

 Level 4, Lot 10 Shopping Center, 50,

Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang,

50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

11 a.m. – 11 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM22

8. Koffie Lane

(sumber: @koffielane/Instagram)

Terletak di Kajang, Koffie Lane merupakan sebuah kafe yang menawarkan suasana yang tenang dan estetik minimalis, sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati pencuci mulut.

Antara menu yang mendapat perhatian ialah Tiramisu Bunga Melati, yang disediakan segar setiap hari menggunakan mascarpone berkualiti tinggi. Keunikan utama tiramisu dari Koffie Lane ini ialah hiasan bunga kecil di atasnya, sangat comel!

Dari segi rasa, ia menawarkan keseimbangan antara manis dan pahit, dengan krim yang lembut dan lapisan kek yang moist. Ada review yang menyatakan bahawa rasa manisnya sederhana, sesuai untuk mereka yang tidak gemar pencuci mulut yang terlalu manis.

Dengan harga sekitar RM20, Tiramisu Bunga Melati di Koffie Lane merupakan pilihan pencuci mulut yang berbaloi untuk dicuba, terutama bagi mereka yang mencari sesuatu yang unik dengan sentuhan rasa lokal.

(sumber: @koffielane/Instagram)

Lokasi:

 No. B-1, 21, Jalan Prima Saujana 2/1A, Taman Prima Saujana,

43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi:

10 a.m. – 10 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM20.80

9. The Oriental Park @ KLCC

(sumber: @theorientalpark.klcc/Instagram)
Kalau korang jalan-jalan di sekitar Suria KLCC dan tengah craving pencuci mulut, boleh singgah ke The Oriental Park dekat Isetan. Kafe ini menawarkan pengalaman makan sepanjang hari dengan gabungan cita rasa Asia yang pelbagai dan menyelerakan.

Restoran ini menggabungkan elemen dari masakan Jepun, Thai, Vietnam, dan Malaysia yang menyediakan hidangan fusion yang unik dan menarik.

Salah satu pencuci mulut yang menarik perhatian ialah tiramisu mereka. Disediakan dengan sponge cake yang direndam dalam espresso segar, ia menawarkan rasa klasik dengan sentuhan moden.

Selain tiramisu, The Oriental Park juga terkenal dengan hidangan seperti Laksa Lemak Nyonya Melaka dan Sardiah Seafood Spaghettini, yang menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam satu pinggan.

Suasana restoran yang selesa dengan pemandangan KLCC Park menjadikannya tempat yang sesuai untuk makan tengah hari santai atau makan malam romantik. 

(sumber: @theorientalpark.klcc/Instagram)

Lokasi:

Lot G48 – 139, Ground Floor, Park Side, KLCC, Kuala Lumpur City Centre,

50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi:

11 a.m. – 11 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM22

10. The Coffee Bean & Tea Leaf

(sumber: @coffeebeanmy/Instagram)

Kalau korang perasan, sekarang ni Tiramisu For Two dari Coffee Bean tengah viral gila kat TikTok dan Instagram. Ramai yang share pasal dessert ni sebab tekstur dia yang lembut, krim yang fluffy, dan rasa kopi yang padu.

Harganya pun berpatutan dan boleh didapati di semua cawangan Coffee Bean seluruh Malaysia.

Peminat tiramisu memang tak boleh lepaskan peluang untuk cuba yang ni. Tapi kena cepat, sebab stok dia cepat habis. Coffee Bean pun ada umumkan yang mereka dalam proses restock untuk penuhi permintaan ramai.

Kalau korang tengah cari tiramisu yang sedap dan berbaloi, Tiramisu For Two dari Coffee Bean ni memang wajib!

Lokasi:

Di semua cawangan Coffee Bean di Malaysia

Waktu Operasi:

7 a.m. – 11.30 p.m. (Setiap Hari)

Harga:

RM22.54

Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.

Juice Social Banner