10 Francais Popular Yang Pernah Buka Di Malaysia Tapi Akhirnya Bungkus

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp
(sumber: Shelby Cohron/Unsplash)

Pernah tak lepak kat restoran best masa travel dan terfikir, “Kenapa tak ada outlet kat Malaysia?” Atau nampak satu tempat menarik dalam TV dan terus rasa nak teleport ke Chicago untuk makan burger?

Hakikatnya, Malaysia pernah jadi ‘testing ground’ untuk banyak jenama F&B Barat yang cuba nasib di sini. Ada yang berjaya, tapi ramai juga yang akhirnya bungkus. Berikut adalah beberapa francais yang pernah menetap di Malaysia—tapi akhirnya angkat kaki:

1. Shakey’s Pizza (1978 – 2009)

Negara Asal: USA

(sumber: Reddit)

Kenapa Gagal: Tak mampu lawan gergasi pizza macam Pizza Hut dan Domino’s. Pernah jadi spot wajib lepak, tapi makin lama makin tenggelam. Outlet terakhirnya terletak di Bukit Bintang.

2. White Castle (1980 – Awal 1990-an)

Negara Asal: USA

(sumber: Reddit)

Kenapa Gagal: Burger mini-style slider tak cukup ‘kenyang’ untuk selera rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan persaingan sengit. Pernah ada outlet di Taman Tun Dr Ismail.

3. Grandy’s (1990-an)

Negara Asal: USA

(sumber: X)

Kenapa Gagal: Pengurusan lemah dan permintaan rendah untuk makanan ala Southern American masa tu. Timing tak ngam.

4. Sizzler (1990-an – Awal 2000-an)

Negara Asal: USA

(sumber: Goodies First)

Kenapa Gagal: Konsep steak dan salad bar belum ‘masuk’ dengan cita rasa rakyat Malaysia ketika itu.

5. Hartz Chicken Buffet (1990-an – Awal 2000-an)

Negara Asal: USA

(sumber: Reddit)

Kenapa Gagal: Konsep buffet ayam goreng nampak menarik, tapi rakyat Malaysia tetap setia dengan KFC. Fun fact: Masih ada outlet di Sarawak!

6. Wendy’s (2008 – 2019)

Negara Asal: USA

(sumber: Malay Mail)

Kenapa Gagal: Mungkin kegagalan paling ‘legend’ dalam senarai ni. Terpaksa bersaing dengan McDonald’s dan Burger King. Ada juga khabar angin tentang isu francais yang menyumbang kepada kejatuhannya.

7. Papa John’s (2009 – 2015)

Negara Asal: USA

(sumber: Daily Express Malaysia)

Kenapa Gagal: Before you say anything—yes, Papa John’s is back! Tapi cubaan pertama gagal kerana pemasaran yang lemah dan, lagi sekali, susah nak lawan dominasi Pizza Hut dan Domino’s.

8. Bulgogi Brothers (2012 – 2017)

Negara Asal: Korea Selatan

(sumber: Inside Retail Asia)

Kenapa Gagal: Konsep BBQ Korea premium nampak menarik, tapi harga yang terlalu mahal buat ramai tarik diri.

9. Tous les Jours (2013 – 2017)

Negara Asal: Korea Selatan

(sumber: Berita Harian)

Kenapa Gagal: Ada fanbase tersendiri, tapi persaingan sengit dengan bakery lain—baik tempatan mahupun antarabangsa—buat jenama ini susah bertahan.

10. Tim Ho Wan (2014 – 2017)

Negara Asal: Hong Kong

Kenapa Gagal: Rakyat Malaysia excited nak try dim sum Michelin-starred ni, tapi harga yang agak ‘keras’ buat ramai fikir dua kali untuk repeat.

Juice Social Banner