TEMU BUAL: Bon Iver Dedah Proses Pembikinan Album Terbaru ‘SABLE, fABLE’
Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp

Sejak pertengahan 2000-an, Bon Iver telah menjadi nama yang ikonik di atas pentas Indie-folk disebabkan bunyi eksperimental mereka yang melangkaui genre.
Dengan beberapa kemenangan Grammy dan kolaborasi ikonik bersama nama-nama besar artis Hollywood seperti Taylor Swift dan Kanye West, Bon Iver terus menolak sempadan muzik dengan setiap karya yang mereka hasilkan.
Hari ini, 11 April, Bon Iver kembali menggegar dunia muzik dengan album terbaru mereka, SABLE, fABLE, yang kini boleh didengari di semua platform digital muzik.
Dalam perbualan eksklusif bersama JUICE, frontman Justin Vernon berkongsi proses peribadi yang mendalam di sebalik pembikinan album ini—yang sebenarnya telah mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan

“Dua-dua projek ni sebenarnya ‘masak’ pada waktu yang sama,” kata Vernon. “Mula-mula saya fikir ia akan jadi satu album je. Tapi lama-lama lagu-lagu tu mula berpecah—ada yang lebih berat secara emosi, dan ada yang lebih vibrant dan surreal.”
Hasilnya? Dua sisi dari syiling yang sama: SABLE, sebuah koleksi yang gelap dan introspektif, manakala fABLE membawa mood yang lebih terang—ibarat mimpi pop yang penuh harapan.
Lagu-lagu seperti ‘THINGS BEHIND THINGS’, ‘S P E Y S I D E’, dan ‘Awards Season’ membawa suasana muram, sementara ‘Peaceful Love’ dan ‘Short Story’ menggambarkan proses healing.

Bagi Vernon, penulisan lagu adalah sejenis terapi—alat untuk menyelami emosi dan mencari ketenangan secara perlahan-lahan.
“Ada lagu-lagu yang saya simpan lebih dari tiga tahun. Dan bila semuanya dah siap, makna lagu-lagu tu berubah jadi sesuatu yang lebih besar,” ujarnya. “Kalau SABLE tentang duduk dalam kegelapan, fABLE pula tentang memilih untuk terus melangkah ke hadapan.”
Aliran naratif dalam album ini juga tidak mengikut urutan masa secara tipikal. Seperti helaian novel yang dirombak susunannya, Vernon menjelaskan bahawa ada lagu yang diletakkan secara sengaja untuk mengganggu kronologi dan menambah impak.
“‘Short Story’ macam prolog. Dan lagu seperti ‘From’, walaupun diletakkan di tengah, sebenarnya boleh jadi lagu penutup. Tapi kadang-kadang, emosi tu sendiri yang tentukan bila ia patut muncul.”

Di sebalik tabir, Vernon turut mencuba pendekatan baru dari segi kreativiti. Kali ini, dia tidak mengawal sepenuhnya proses mixing.
Sebaliknya, dia bekerjasama rapat dengan penerbit Jim-E, yang membawa masuk bakat luar untuk memberikan nafas segar pada bunyi akhir setiap lagu.
“Ini satu langkah besar untuk saya,” kata Vernon. “Jim-E jadi jambatan antara visi saya dan para mixer. Ia membebaskan saya untuk mendengar muzik dengan perspektif baru—tanpa terlalu mengawal setiap detail.”
Hasil akhirnya ialah sebuah album yang terasa luas tetapi intim—satu bukti perkembangan berterusan Bon Iver dan kejujuran emosi Vernon yang tidak disaring
Sama ada anda peminat setia atau baru nak kenal, SABLE, fABLE mengajak anda menyelami dunia mereka yang penuh dengan emosi—di mana sisi gelap dan terang hidup bersama dalam harmoni.
Stream album SABLE, fABLE di sini:
Korang nak lagi berita muzik? Baca selanjutnya di sini.
Get Audio+
Hot FM
Kool 101
Eight FM
Fly FM
Molek FM