Kisah Disebalik Lagenda Hantu Kopek: Entiti Yang Masih Menghantui Rakyat M’sia
Dalam alam makhluk mistik, terdapat banyak entiti ‘wanita’ terkenal yang tugasnya memikat dan memperbodohkan lelaki melalui nafsu mereka, atau mungkin menghukum mereka kerana perbuatan buruk mereka.
Dunia Barat mempunyai Succubus, sebuah entiti yang menggunakan seksualitinya untuk muncul dalam mimpi seorang lelaki dan perlahan-lahan menguras jiwanya.
Tetapi, ada seorang hantu Malaysia yang juga terkenal dengan seksualitnya. Entiti ini telah menjadi ikon dalam cerita rakyat Melayu, dan namanya ialah Hantu Kopek, juga dikenali sebagai Hantu Tetek.
Jika anda seorang rakyat Malaysia yang dibesarkan di negara ini, anda mungkin pernah mendengar namanya, dan sesetengah daripada anda mungkin mahu melihatnya dengan mata sendiri. Tetapi, apakah kisah disebalik entiti ini, dan siapa Cik Kopek?
Sejarah Hantu Kopek dalam budaya Melayu
Di luar cerita rakyat Melayu, ratu ini juga popular dalam budaya Jawa, dan dia dikenali dengan nama, Wewe Gombel.
Walaupun dia dikenali dengan banyak nama, hantu ini sentiasa terkenal dengan payudaranya yang besar, rambut hitam panjang dan kulit pucat. Dia juga menghantui kanak-kanak dengan cara menculik dan menyembunyikan mereka di belakang payudaranya.
Menurut lagenda Melayu, ianya dipercayai bahawa kanak-kanak yang berselindung di sebalik buah dadanya akan dapat melihat dunia manusia, tetapi akan gagal untuk berkomunikasi dengan mereka yang tinggal di sini, sama seperti apa yang berlaku jika anda memasuki alam bunian.
Tetapi mengapa mereka tersembunyi di sebalik payudara Hantu Kopek dan mengapa dia secara khusus menculik kanak-kanak? Untuk menjawab soalan ini, kita mesti melihat ke dalam legenda hantu ini dan memahami apa yang membuatkan dia mendambakan kanak-kanak.
Bagaimana Cik Kopek menjadi hantu
Menurut cerita rakyat Jawa, Cik Kopek pernah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya, tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama.
Dia didapati mandul sejurus selepas mengikat tali perkahwinan yang sekaligus mengubah haluan hubungan mereka selama-lamanya, kerana kekasihnya perlahan-lahan berhenti mencintainya.
Pada suatu hari, dia menjadi kecewa dan diam-diam mengikut suaminya ketika dia meninggalkan rumah mereka. Dia kemudian melihat suaminya melakukan seks dengan wanita lain.
Cik Kopek, seperti kebanyakan kita, telah ditipu oleh kekasihnya, membuktikan bahawa men are trash sama ada dalam kehidupan sebenar atau dalam cerita rakyat.
Berang dengan kecurangan suaminya, wanita itu bertindak membunuhnya. Tetapi, penduduk kampung menyalahkan Cik Kopek dan segera memburu wanita itu untuk menanggalkan kepalanya.
Dalam keadaan cemas dan tertekan, wanita itu meninggal dunia akibat bunuh diri, dan jiwanya yang resah dan pilu menjadi Hantu Kopek.
Jadi, kenapa Hantu Kopek terus menculik kanak-kanak?
Ianya dipercayai bahawa hantu itu menculik kanak-kanak kerana dia sebenarnya mahukan anak sendiri sepanjang perkahwinannya, dan dia juga turut tertekan tentang ketidaksuburannya.
Kanak-kanak yang diculiknya dikatakan berasal dari keluarga yang berpecah belah, dan dia menculik mereka untuk mengelakkan kanak-kanak ini dari diabaikan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.
Ini sekaligus memberi pengajaran kepada ibu bapa untuk memberi perhatian kepada anak-anak kecil mereka.
Legenda turut mengatakan bahawa Hantu kopek juga tidak mencederakan kanak-kanak yang diculiknya, tetapi melayan mereka dengan penuh kasih sayang, menyebabkan kanak-kanak yang diculik menghargai kehadirannya.
Adakah Hantu Kopek masih relevan di zaman moden?
Walaupun kemajuan pesat teknologi moden, Gen-Z masih membincangkan legenda Hantu Kopek di media sosial, menunjukkan bahawa hantu itu akan kekal relevan dalam budaya Malaysia untuk lebih lama lagi.
Selain itu, lagenda Hantu Kopek masih diturunkan untuk mengajar kanak-kanak kepentingan mentaati ibu bapa mereka, supaya mereka tidak akan diculik oleh entiti berdada besar.
Tahukah anda, Cik Kopek juga telah menjadi tajuk utama berita kerana didakwa menculik beberapa kanak-kanak?
Pada November 2021, seorang ibu warga Indonesia, Dewi Indriani, 38, dilaporkan kehilangan anak lelakinya selama dua hari, dan dia mengesyaki Wewe Gombel menculik anaknya.
Menurut Utusan, anak lelaki wanita itu ditemui dengan bantuan seorang Ustaz dalam keadaan terbaring di dalam semak tanpa tenaga.
Dia mendakwa bahawa anaknya mula bertindak pelik selepas dia pulang ke rumah kerana enggan memeluknya dan sering bercakap perkara yang merepek kepada keluarganya.
Wanita itu juga mendakwa bahawa pada suatu hari, anaknya memintanya untuk membawanya kembali ke semak di mana dia ditemui. Tetapi sejak itu, anaknya pun pulih daripada melakukan apa-apa tingkahlaku yang ganjil.