9 Lokasi ‘Picnic’ Dalam KL Yang Korang Wajib Pergi Untuk ‘Healing’ Bersama Pasangan
1. Taman Botani Perdana
Taman rekreasi ini dikenali sebagai “the green lungs of Kuala Lumpur“, dan sering dikunjungi oleh mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan hidup di bandar dan menikmati kehijauan yang subur.
Terdapat banyak gazebo dan pokok besar di sekitar taman ini yang boleh dijadikan tempat berteduh daripada panas matahari dan hujan, jadi anda boleh menikmati piknik yang romantik tanpa risau tentang cuaca Malaysia yang tidak menentu.
Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar tasik dan menikmati seni bina unik yang diletakkan di seluruh kawasan di dalam taman ini untuk menjadikan janji temu anda lebih bermakna.
Lokasi:
Jalan Kebun Bunga,
Tasik Perdana,
55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
7 pagi – 8 malam (Setiap hari)
2. Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa telah menjadi salah satu taman rekreasi yang paling popular di Lembah Klang sejak penubuhannya pada tahun 1980-an disebabkan pemandangan tasik dan ibu kota yang sangat indah dan menenangkan.
Anda juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti yang menarik bersama pasangan di taman ini seperti aktiviti berkayak dan menunggang kuda. Selain itu, jika anda hanya mahu bersantai dan menikmati pemandangan, anda boleh membentangkan tikar anda di mana-mana kawasan berteduh di taman seluas 95 hektar ini.
Lokasi:
Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
6.30 pagi – 10 malam (Setiap hari)
3. Taman Metropolitan Kepong
Pengunjung yang pernah meluangkan masa di taman ini memberitahu bahawa masa yang paling sesuai untuk melawat taman ini adalah pada hari bekerja jika anda mahukan suasana yang lebih intim dan tenang.
Pada hujung minggu, taman ini meriah dengan keluarga dan rakan-rakan yang meluangkan masa berkualiti bersama.
Lokasi:
Jalan Lingkaran Tengah 2,
7, Pavement, Taman Metropolitan Kepong,
52100 Kepong, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
6 pagi – 8 malam (Setiap hari)
4. Pantai Bagan Lalang
Love is a walk on the beach, a blanket spread on the sand, and a basket filled with delicious treats.
Bagi mereka yang ingin menikmati sajian bersama pasangan sambil mendengar bunyi ombak laut yang menenangkan, anda mungkin mahu menuju ke Pantai Bagan Lalang, lokasi percutian yang sangat ideal bagi pencinta laut dan mereka yang inginkan janji temu yang kurang tipikal.
Terdapat juga banyak restoran berdekatan di mana anda boleh menikmati makanan laut segar dan ikan bakar, sekiranya anda masih lapar selepas menikmati makanan ringan semasa janji temu anda.
Lokasi:
Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kampung Bagan Lalang, Bagan Lalang,
43950, Sungai Pelek, Selangor
Waktu Operasi:
24 jam (Setiap hari)
5. Desa ParkCity
Mengapa memilih piknik biasa apabila anda boleh menikmati janji temu yang seronok bersama pasangan dan si bulus yang tercinta?
Desa ParkCity adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang tidak mahu meninggalkan sahabat bulu mereka semasa mereka menikmati percutian yang romantik kerana ia terkenal dengan kemudahan mesra haiwan peliharaan dan ruang yang luas untuk sesiapa sahaja yang ingin menerokai taman ini.
Lokasi:
Desa ParkCity,
52200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
6 pagi – 11 malam (Setiap hari)
6. Air Terjun Hutan Kanching
Pemandangan menakjubkan air terjun yang tenang di hutan Rawang ini pasti akan memukau anda dan pasangan dengan keindahan alam semula jadi.
Air Terjun Hutan Kanching merupakan sebuah destinasi popular untuk mereka yang gemar berenang, berkhemah, dan mendaki hutan. Tetapi, ianya juga merupakan sebuah lokasi yang sempurna untuk mereka yang ingin piknik sambil melakukan aktiviti yang lebih lasak.
Jika anda merancang untuk melawat, pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai kerana anda perlu mendaki beberapa tangga konkrit untuk sampai ke puncak air terjun.
Lokasi:
Taman Eko Rimba Kanching,
1, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi:
8 pagi – 5 malam (Setiap hari)
7. Taman Rekreasi Bukit Jalil
Terletak di Bukit Jalil, taman rekreasi ini dihiasi dengan taman-taman pameran bertemakan konsep antarabangsa yang akan membuat anda dan pasangan berasa seperti sedang bercuti di luar negara tanpa perlu membawa pasport.
Taman-taman ini meniru pelbagai budaya dan landskap dari 10 negara asing, termasuk rumah teh tradisional Jepun yang indah dan kincir angin Belanda yang berwarna biru cerah.
Kini, anda tidak perlu lagi mengemas beg untuk menikmati pemandangan unik dan hanya perlu membawa tikar anda untuk piknik yang romantik sambil mengelilingi dunia.
Lokasi:
Jalan 13/155c, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
6 pagi – 8 malam
8. Taman Saujana Hijau
Di tengah-tengah taman yang mempesona ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan bunga matahari yang unik dan pokok-pokok yang menenangkan.
Disebabkan landskapnya yang menakjubkan, Taman Saujana Hijau dikenali sebagai oasis piknik yang merangkumi estetik Eropah.
Terdapat tiga taman bertema khas di sini — taman Eropah, taman Inggeris, dan taman Cina. Jangan lupa juga untuk membawa topi jika anda merancang untuk menjelajah 117 ekar tanah ini pada tengah hari.
Lokasi:
Jalan P11, Presint 11,
62000 Putrajaya
Waktu Operasi:
7 pagi – 7 malam (Setiap hari)
9. Taman KLCC
Menutupi senarai ini adalah satu-satunya, Taman KLCC yang terletak bersebelahan dengan Tasik Symphony yang tenang dan pencakar langit kesayangan Malaysia, Menara Berkembar PETRONAS.
Taman KLCC merupakan destinasi utama bagi pelancong dan penduduk tempatan yang berpusu-pusu ke taman ini untuk berehat dari kesibukan bandar Kuala Lumpur.
Para pengunjung disarankan untuk membentangkan tikar piknik mereka pada waktu petang kerana selepas matahari terbenam, taman ini akan mengadakan pertunjukan air pancut yang berwarna-warni penuh dengan suasana romantis.
Lokasi:
KLCC, Lot No. 241,
Level 2, Suria Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10 pagi – 10 malam (Setiap hari)