SLATAN Berkolaborasi dengan Joe Flizzow & ALYPH di 0108 Def Jam

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Instagram, TikTok and WhatsApp
(sumber: 0108 SLATAN)

Kumpulan rap tempatan, SLATAN, bakal menggegarkan pentas dengan showcase istimewa yang menampilkan dua ikon hip-hop terbesar dalam negara, Joe Flizzow dan ALYPH!

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada Ahad, 23 Februari, di Vox Live, dengan harga tiket serendah RM65 sahaja.

(sumber: Press/NME)

Menurut sumber dari SLATAN, acara ini akan menjadi penutup tirai untuk album terakhir mereka, Kalau Begitu, Baiklah…, sebelum kumpulan ini melancarkan album terbaru mereka yang dijadualkan keluar tahun ini.

Peminat juga boleh menantikan persembahan lagu-lagu hit seperti ‘Rindu Boleh, Kembali Jangan’ dan ‘Mimpi Untuk Semalam’ buat kali terakhir secara langsung di 0108 Def Jam.

Walaupun tarikh pelancaran album baharu itu belum diumumkan, para peminat sudah pun teruja menantikan hasil karya seni terbaru dari kumpulan ini.

(sumber: @joeflizzow/Instagram)

Sebagai tambahan, Gard juga akan turut beraksi di pentas bersama Joe dan ALYPH untuk menyampaikan lagu kolaborasi mereka, ‘Berlian’ dan ‘Sorok Muka’.

DJ terkemuka di dalam scene elektronik seperti Naufal, aimampus, dan DJ CZA turut tampil dengan set muzik mereka yang bakal menarik peminat muzik selain hip-hop.

Lebih menarik lagi, sumber mendedahkan bahawa Joe mungkin akan mempersembahkan beberapa lagu yang belum pernah dikeluarkan. Ini bermakna peminat berpeluang mendengar karya terbaru Joe sebelum ia dimuat naik ke digital streaming platforms!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini—pengakhiran satu era ikonik dan permulaan babak baru untuk SLATAN.

Maklumat showcase 0108 Def Jam

Tarikh:

Sunday, 23 February 2025

Lokasi:

Vox Live KL,

Level 50, Naza Tower @ Platinum Park,

10, Persiaran KLCC,

50450, Kuala Lumpur

Sesi penjualan tiket bakal diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti SLATAN di Instagram untuk ketahui berita terbaru kumpulan ini.

Juice WhatsApp banner