OhBulan & Seismik Lancar Kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Instagram, TikTok and WhatsApp

Dalam masyarakat di mana perbincangan tentang kesihatan seksual sering kali diabaikan, kesan buruknya kini semakin jelas. Dengan kira-kira 18,000 kes kehamilan remaja setiap tahun serta peningkatan insiden gangguan seksual, Malaysia kini sedang menghadapi cabaran yang serius.

Melalui kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, OhBulan dan Seismik, dengan kerjasama Hello Doktor, mengambil langkah proaktif untuk menangani isu-isu kritikal ini.

Bermula dari 1 November hingga 30 November 2024, inisiatif ini dicipta untuk memupuk perbualan terbuka dan berinformasi mengenai pendidikan seks, dengan fokus khas untuk memecahkan stigma dalam kalangan komuniti Melayu.

Kenapa “Peduli Seks”?

Pendidikan seks sering dianggap sebagai topik yang sensitif dan tabu. Namun, isu ini perlu diketengahkan kerana ia menggalakkan amalan hidup yang sihat, memberikan pengetahuan asas, membanteras maklumat palsu, meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual dan antunan seksual, serta mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran kehidupan.

Empat Tunjang Utama Kempen “Peduli Seks”

1. Kesihatan

Membincangkan kesihatan lelaki dan wanita, termasuk kontraseptif dan kesihatan reproduktif.

2. Keluarga & Hubungan

Mengupas kepentingan persetujuan antara pasangan, mengenal pasti tanda-tanda penderaan emosi, fizikal, dan seksual, serta menggalakkan hubungan yang sihat.

3. Komuniti

Menghubungkan masyarakat dengan organisasi yang menawarkan sokongan, serta menangani isu sosial seperti gangguan seksual dan antunan seksual.

4. Dasar & Advokasi

Meningkatkan kesedaran tentang dasar tempatan dan nasional berkaitan kesihatan seksual, dan mendorong penglibatan masyarakat dalam memperjuangkan pendidikan seks yang menyeluruh.

Mendekati Rakyat Malaysia Melalui Pelbagai Medium

Untuk memastikan kempen ini mencapai semua lapisan masyarakat, Peduli Seks akan menggunakan pelbagai medium, termasuk: Artikel dan video informatif, Podcast dan sesi siaran langsung di YouTube, Iklan TV, papan iklan, dan siaran akhbar.

Sebagai pusat digital kempen, laman mikrosite khas di says.com/peduliseks akan menjadi platform sehenti untuk semua kandungan kempen, termasuk perkongsian cerita secara anonim dan kolaborasi dengan NGO.

Selain itu, tanda pagar #PeduliSeks akan digunakan untuk melibatkan audiens di pelbagai platform media sosial, meluaskan lagi capaian mesej penting ini.

Juice WhatsApp banner