10 Kafe Menarik Di TTDI Yang Anda Wajib Singgah
Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp

Bila sebut kawasan kafe best di Lembah Klang, kawasan seperti Bangsar, Mont Kiara, dan TTDI pasti terlintas di fikiran anda disebabkan pilihan tempat makan yang pelbagai. Bagi TTDI, kawasan ini penuh dengan kafe menarik yang sesuai untuk lepak santai sambil menikmati kopi, kek, dan pelbagai jenis makanan yang sedap.
Bagi anda yang suka cafe hopping, sedang mencari tempat untuk buat kerja, atau cuma nak ambil angin sambil menenangkan diri, berikut kami telah senaraikan 10 kafe menarik di TTDI yang anda patut cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ini adalah senarai pilihan kami bagi kafe yang menarik di TTDI:
1. Beyond Coffee

Jika anda sedang mencari kopi yang enak di kawasan TTDI, Beyond Coffee ialah salah satu hidden gem yang patut anda kunjungi.
Terletak di dalam sebuah salon rambut di Jalan Tun Mohd Fuad, kafe ini menawarkan kopi istimewa pada harga berpatutan serta sajian ringan yang simple tetapi lazat.
Dengan harga serendah RM3.90 untuk secawan Americano semasa promosi, memang rugi kalau tidak singgah. Jika anda peminat coffee mocktail, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu bermusim mereka yang kreatif dan menyegarkan.
Ruang tempat duduk agak terhad, namun konsep grab-and-go yang diketengahkan sangat sesuai bagi anda yang mahukan kopi segera tanpa perlu tunggu lama. Secara ringkas, ini adalah antara tempat wajib singgah buat pencinta kopi di KL.

Lokasi:
26, Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
7.30 a.m. – 6 p.m. (Isnin – Jumaat)
7.30 a.m. – 5.30 p.m. (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Selasa
2. Flour + Water

Flour + Water merupakan sebuah bakeri dan kafe yang baru dibuka di TTDI dan kini semakin mendapat perhatian penduduk setempat. Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan pastri yang dihasilkan dengan penuh teliti dan kreativiti.
Antara sajian yang menarik perhatian termasuk Taro Scones, Pistachio Chocolate Croissants, Strawberry Daifuku Danishes, serta Earl Grey Bomboloni yang lembut dan enak.
Dengan suasana yang selesa dan kemas, kafe ini menjadi pilihan sesuai untuk sarapan pagi atau berehat pada waktu petang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lokasi:
30G, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
8.30 a.m. – 7 p.m. (Setiap Hari)
3. Liserra Coffee


Lokasi:
14A, Jalan Tun Mohd Fuad 1,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
9 a.m. – 9.30 p.m. (Selasa – Khamis)
9 a.m. – 10.30 p.m. (Jumaat – Ahad)
Tutup setiap hari Isnin
4. Kora Kora Matcha

Kalau anda peminat tegar matcha, atau sekurang-kurangnya kenal seseorang yang obses dengannya, pasti anda faham kenapa ramai jatuh cinta dengan matcha yang lembut berkrim ini.
Salah satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh penggemar matcha ialah Kora Kora Matcha, sebuah kafe yang kini semakin mendapat tempat di TTDI.
Cawangan TTDI ini mengamalkan konsep slow bar, di mana pelanggan dapat menikmati proses penyediaan minuman secara lebih peribadi dan santai. Selain itu, mereka turut mempunyai kiosk kecil di Cyberjaya.
Sejak dibuka, cawangan TTDI ini telah menarik ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang demi secawan matcha yang berkualiti tinggi.

Lokasi:
Aras 1, 153, Jln Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
1 p.m. – 9 p.m. (Selasa – Khamis)
2.30 p.m. – 11.15 p.m. (Jumaat)
1 p.m. – 11 p.m. (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Isnin
5. Plump

Plump yang terletak di tingkat satu, Lorong Datuk Sulaiman 7, TTDI ini tampil sebagai kafe yang menyajikan lebih daripada 20 jenis kek dan pencuci mulut artisanal dengan gabungan citarasa unik seperti Kaya Cake, Pistachio Cake dengan buah tin, serta kek tanpa tepung seperti Messy Flourless Chocolate dan Flourless Chocolate Cake, semuanya dibuat oleh Tao Bake Cakes.
Dekorasinya sangat cantik dan menarik perhatian. Dinding berwarna koral dan pencahayaan semulajadi dengan tanaman indoor menjadikan suasana begitu menyenangkan, sesuai untuk lepak santai sambil menikmati hidangan manis yang menjilat jari.
Jadi kalau anda seorang pencinta kek dan pencuci mulut yang unik, Plump wajib ada dalam senarai kafe anda yang seterusnya!

Lokasi:
29-1 Tingkat Satu, atas Ora Dining,
Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11 a.m. – 1o p.m. (Rabu – Jumaat)
9 a.m. – 10 p.m. (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Isnin dan Selasa
6. Monkey Coffee Cup

Monkey Coffee Cup yang terletak di tingkat bawah, 117, Jalan Aminuddin Baki, TTDI ini dibuka oleh adik-beradik kelahiran Seoul, You Shin dan Gina dan kafe ini mempamerkan gabungan Korea dan Itali yang mesra serta unik.
Simbol kafe ini merupakan seekor monyet yang comel, inspirasi daripada lotong cengkung yang berasal dari Pulau Pinang dan berwarna jingga, selari dengan tema warna kafe ini dan juga mewakili konsep kekeluargaan haiwan tersebut.
Antara hidangan popular ialah Gang Nam Bulgogi Pizza, disediakan dengan daging bulgogi, zaitun hitam, jagung manis dan arugula, lengkap dengan acar lobak dan sos mayo, dan ianya disajikan bersama yuzu ade, satu kombinasi rasa yang padu dan enak.
Kafe ini turut menawarkan menu lain seperti Hong Dae Buldak Pizza dan Buldak K Rice, sesuai bagi mereka yang suka makanan pedas dan mencabar.

Lokasi:
G Floor, 117, Jln Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
11 a.m. – 9 p.m. (Selasa – Jumaat)
12 p.m. – 10 p.m. (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Isnin
7. Clato

Clato terletak di tingkat atas Delia Wines & Bistro di TTDI, ianya menawarkan pengalaman sarapan ala Paris yang santai serta penuh gaya. Pengunjung boleh menikmati sajian seperti Egg Florentine bakar, roti bakar dan pancake dengan mentega Perancis dan jem biru buatan sendiri, semuanya disertai dengan muzik jazz piano dan saxophone secara langsung pada hujung minggu dari jam 9 hingga 11 pagi.
Kafe ini turut menawarkan minuman khas seperti You Had Me at Matcha (air kelapa dengan busa matcha), Fredo Cappuccino, dan istimewa Seb’s Favourite, iaitu campuran espresso, jus nanas, spiced rum syrup dan limau.

Lokasi:
Tingkat Satu, 15,
Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
8 a.m. – 2 p.m. (Isnin – Ahad)
Tutup setiap hari Selasa
8. Cafe Common

Cafe Common di TTDI ini adalah cawangan kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Shah Alam.
Di kafe ini, anda boleh menikmati sup tomato yang dihidangkan bersama brioche hangat, sandwic keju panggang dengan bawang karamel dan cendawan yang penuh dengan rasa, serta pastri segar yang disediakan setiap hari.
Suasana kafe ini dihiasi dengan tanaman hidup dan layanan di kafe ini juga dikatakan mesra berdasarkan review yang diberi oleh pengunjung. Kafe ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan utama untuk sarapan yang santai atau makan petang yang memuaskan.

Lokasi:
35, Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
8 a.m. – 11 p.m. (Setiap Hari)
9. Pandan Cafe & Dining


Lokasi:
16, Jalan Wan Kadir 4,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
10 a.m. – 10 p.m. (Setiap Hari)
10. Mukha Cafe

Mukha Cafe menawarkan pengalaman dalam suasana yang selesa dengan hidangan yang menggabungkan cita rasa Timur Tengah dan Barat. Antara tarikan utama di sini ialah Yemeni Qahwa Pot, kopi beraroma kuat dan bersifat herba yang pasti dapat memikat penggemar kopi sejati.
Jika anda menggemari sesuatu yang manis, kopi botol raspberry mereka wajib dicuba. Rasanya penuh dengan krim yang seimbang dan kaya dengan rasa raspberry yang cukup memikat hati.
Kafe ini juga terkenal dalam kalangan pencinta mocktail kopi di KL. Selain minuman, mereka turut menyajikan menu berat seperti shawarma ayam dan kambing salai, yang lengkap dengan rempah ratus dari Timur Tengah.

Lokasi:
15, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
10.30 a.m. – 10.30 p.m. (Isnin – Khamis)
2.30 p.m. – 11.30 p.m. (Jumaat)
9.30 a.m. – 11.30 p.m. (Sabtu dan Ahad)
Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.
Get Audio+
Hot FM
Kool 101
Eight FM
Fly FM
Molek FM