7 Benda Wajib Ada Untuk ‘Survive’ Cuaca Panas Terik di Malaysia

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp
(sumber: Botella & Hulmers)

Cuaca di Malaysia semakin panas dan bukan sekadar panas biasa. Ada hari yang terasa seperti berdiri betul-betul di bawah matahari dengan udara yang hampir tiada angin.

Dalam keadaan seperti ini, berteduh sahaja tidak cukup. Untuk terus bergerak dan menjalani hari seperti biasa, ada beberapa benda yang wajar dibawa bersama. Bukan untuk kelihatan extra, tetapi demi meneruskan hari anda.

Berikut merupakan tujuh benda yang anda wajib ada:

1. Botol air

(sumber: Botella)

Minum air bukan lagi isu gaya hidup sihat kerana ia sudah menjadi keperluan harian. Dalam suhu yang mencecah 35 darjah Celsius, membawa botol air bersaiz besar adalah langkah pertama. Isikan semula setiap kali anda mempunyai peluang, dan sentiasa minum air masak yang mencukupi supaya badan anda tidak terasa lesu. 

JUICE mengesyorkan: Botella Stainless Steel Vacuum Flask

2. Kipas mini

(sumber: Hulmers)

Membawa kipas mini bersama anda mungkin tidak kelihatan bergaya, tetapi sangat membantu bagi mengurangkan peluh. Walaupun sedikit berdesing, angin yang dihasilkan cukup untuk mengurangkan peluh dan membantu menyejukkan badan. 

JUICE mengesyorkan: Hulmers Low Noise Portable Mini Fan

3. Tisu basah sejuk atau face mist

(sumber: Bzu Bzu & Evian Spray)

Peluh yang tidak berhenti bukan sahaja tidak selesa, tetapi juga memenatkan. Tisu basah sejuk dan face mist boleh memberi kelegaan segera, walaupun hanya untuk beberapa minit. Selain membantu menyejukkan kulit, ia juga membuatkan wajah tampak lebih segar, seolah-olah baru selesai skincare routine.

JUICE mengesyorkan: Bzu Bzu Icy Cooling Wet Wipes & Evian Facial Spray

4. Pakaian longgar dan warna cerah

(sumber: Uniqlo)

Pemilihan pakaian memainkan peranan penting ketika cuaca panas. Elakkan pakaian berwarna gelap atau kain yang tebal seperti denim. Sebaliknya, pilih pakaian longgar daripada fabrik seperti kapas dan linen, serta berwarna cerah. Ia membantu mengurangkan penyerapan haba, dan dalam masa yang sama, memberi ruang untuk kulit bernafas dengan lebih baik. 

JUICE mengesyorkan: AIRism Uniqlo

5. Krim pelindung matahari 

(sumber: Sunplay)

Krim pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 50 adalah penting, terutamanya jika anda sering berada di luar bangunan. Pastikan ia tahan peluh dan tidak menyumbat pori. Produk ini bukan sekadar melindungi daripada sinaran UV, tetapi juga membantu menjaga kesihatan kulit dalam jangka masa yang panjang.

JUICE mengesyorkan: Sunplay Ultra Shield Sunscreen

6. Payung lipat 

(sumber: The Planet Traveller)

Payung bukan hanya untuk hujan. Dalam cuaca terik, ia menjadi perisai utama daripada sinaran matahari yang membakar kulit. Payung seperti payung lipat ini mudah dibawa, boleh disimpan di dalam beg,  dan boleh dibuka dalam masa beberapa saat sahaja. Meskipun sering dianggap sebagai gaya ala makcik, ia sebenarnya lebih praktikal daripada yang disangka.

JUICE mengesyorkan: Fulton Umbrella

7. Topi atau bucket hat

(sumber: Adidas)

Berjalan di bawah matahari tanpa perlindungan kepala boleh menyebabkan keletihan atau heatstroke, terutamanya jika perlu berjalan jauh atau ingin menunggu pengangkutan awam. Topi bukan sekadar pelindung, tetapi juga boleh melengkapkan penampilan harian anda.

Pilih bucket hat atau topi berpenutup lebar daripada fabrik ringan yang membenarkan udara mengalir. Ia dapat membantu menapis sinaran terus ke wajah dan kulit kepala, kawasan yang sering terlepas pandang.

JUICE mengesyorkan: Adidas Cap & Adidas Bucket Hats

Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.

Juice Social Banner