7 Lokasi Menarik Di KL Untuk ‘Dating’ Bersama Pasangan

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp
(Sumber: Malaysia Travel)

Sudah bosan dengan tempat dating yang sama?

Kalau setiap hujung minggu rasa seperti ‘siaran ulangan’, mungkin ini masa yang sesuai untuk ubah scene anda. Kuala Lumpur sebenarnya penuh dengan lokasi menarik cuma kita selalu terperangkap dalam rutin yang sama.

Jadi kalau anda dan pasangan sedang mencari tempat yang lebih menyeronokkan atau sekurang-kurangnya lain daripada yang lain, berikut adalah tujuh cadangan lokasi yang boleh buat masa anda berdua lebih bermakna:

1. BookXcess @ Lalaport

(Sumber: Bookxcess)

BookXcess bukan sekadar kedai buku biasa. Ruangnya yang luas dipenuhi rak buku tinggi dan hiasan lampu hias memberikan suasana yang romantik.

Di sini juga ada kafe, jadi anda boleh membaca buku sambil menikmati pastri dan minuman panas di ruang baca yang selesa. Suasana tenang ini sesuai untuk pasangan yang ingin berbual mesra atau membaca buku bersama-sama.

Tempat ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi yang cantik untuk bergambar atau OOTD.

(Sumber: Bookxcess)

Lokasi:

L1-13A & B, Mitsui Shopping Park LaLaport, 2,

Jln Hang Tuah, Pudu,

55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10 a.m. – 10 p.m. (Setiap hari)

Harga:

Masuk adalah percuma!

2. Zoo Negara

(Sumber: Malaysia Travel)

Bagi pasangan yang ingin keluar dari suasana bandar dan mencari aktiviti yang lebih santai tetapi menyeronokkan, Zoo Negara ialah destinasi yang patut dipertimbangkan.

Dengan kawasan hijau yang luas serta lebih 400 spesies haiwan termasuk beruang matahari, gajah Asia, harimau Malaya, dan pelbagai jenis burung tropika, lawatan ke sini bukan sahaja menghiburkan malah membuka ruang untuk perbualan yang lebih spontan.

Ia sesuai untuk pasangan yang ingin berjalan secara santai, sambil mengenali dunia haiwan dan mungkin juga mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.

(Sumber: Malaysia Travel)

Lokasi: 

Jalan Taman Zooview,

Taman Zooview,

68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi:

9 a.m. – 5 p.m. (Setiap hari)

Harga:

RM48 seorang

3. Aquaria, KLCC

(Sumber: Klook & Wonderful Malaysia)

Selepas mengenali dunia haiwan darat di Zoo Negara, Aquaria KLCC pula membawa anda menyelami dunia marin yang penuh keunikan. Terowong akuarium sepanjang 90 meter ini menempatkan pelbagai spesies laut termasuk ikan jerung, pari, dan penyu, semuanya bergerak bebas di sekeliling anda.

Pengalaman berjalan di bawah terowong kaca ini memberikan rasa ketenangan yang sukar digambarkan, sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana damai dan sedikit luar biasa daripada kebiasaan tempat yang selalu dikunjungi.

(Sumber: Thrillophilia & Klook)

Lokasi:

Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang,

Kuala Lumpur City Centre,

50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10 a.m. – 8 p.m. (Setiap hari)

Harga:

RM52 seorang (Hari biasa)

RM55 seorang (Hujung minggu)

4.  Hauntu, The LINC KL

(Sumber: Hauntu)

Untuk pasangan yang ingin cuba sesuatu di luar kebiasaan, Hauntu menawarkan pengalaman rumah seram berkonsepkan teater langsung.

Tidak seperti rumah hantu biasa, setiap sesi di sini melibatkan pelakon sebenar, jalan cerita yang berbeza, dan elemen interaktif yang membuatkan anda sebahagian daripada naratif.

Sama ada menjerit bersama atau berpaut sepanjang jalan, pengalaman ini akan mencipta kenangan yang unik dan mungkin lebih mesra daripada yang disangka.

Nota: Anda dan pasangan akan digabungkan bersama pasangan atau kumpulan lain dalam sesi yang sama.

(Sumber: Hauntu)

Lokasi:

360, Jln Tun Razak, Pudu,

50400 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

2 p.m. – 10 p.m. (Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat)

4 p.m. – 10 p.m. (Selasa)

10 a.m. – 10 p.m. (Sabtu, Ahad)

Harga:

RM65 seorang

5. Breakout, NU Sentral

(Sumber: The Sun & Breakout)

Jika Hauntu menguji keberanian dan tindak balas spontan anda berdua, Breakout pula menekankan aspek kerjasama dan komunikasi. Konsepnya masih misteri, tetapi kali ini dalam bentuk bilik pelarian berteka-teki, dan tidak seram seperti Hauntu.

Di sini, anda dan pasangan akan diuji melalui permainan escape room yang penuh dengan teka-teki, petunjuk yang tersembunyi, dan elemen cerita yang mencabar minda.

Ia bukan sekadar permainan, tetapi juga ujian bagaimana anda berdua membuat keputusan di bawah tekanan.

Setiap bilik mempunyai tema yang berbeza. Daripada misteri jenayah hingga ke dunia fantasi, ianya memberikan peluang untuk anda mengenali cara berfikir secara berpasangan dengan lebih mendalam.

Dan jika anda berdua berjaya keluar sebelum masa tamat, percayalah, ia akan jadi antara pencapaian kecil yang akan dikenang bersama.

Kalau anda mahukan sesuatu yang mencabar tetapi tidak menyeramkan, Breakout ialah pilihan yang tepat.

(Sumber: Breakout & Time Out)

Lokasi:

L4-09A, Level 4, Nu Sentral, Sambathan,

201, Jalan Tun Sambanthan,

50470 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10 a.m. – 10 p.m. (Setiap hari)

Harga:

RM50 seorang

6. EnerG X Park

(Sumber: EnerG X Park)

EnerG X Park pula membawa anda dan pasangan ke dunia aktiviti fizikal yang lasak dan penuh tenaga. Dengan aktiviti seperti electric go-kart, ninja obstacle, wall climbing, zip‑line, dan trampoline wipeout, lokasi ini menjanjikan pengalaman yang mencabar koordinasi, keserasian, dan daya tahan fizikal anda.

Suasana dalam bangunan yang berhawa dingin ini memudahkan anda untuk beraktiviti lasak bersama. Berpeluh, ketawa, dan saling memberi sokongan pada masa yang sama.

Ia sesuai untuk pasangan yang mahu “get active” sambil melepaskan ketegangan dan meneroka sisi kompetitif masing-masing.

(Sumber: EnerG X Park)

Lokasi:

4-021, Sunway Velocity Mall,

Lingkaran SV, Maluri,

55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10 a.m. – 10 p.m. (Setiap hari)

Harga:

RM52 seorang (Hari biasa)

RM42 seorang (Selepas 7 p.m. pada hari biasa)

RM62 seorang (Hujung minggu, cuti umum & cuti sekolah)

RM 52 seorang (Selepas 7 p.m. pada hujung minggu, cuti umum & cuti sekolah)

7. Roller Light, Wangsa Walk Mall

(Sumber: Klook)

Roller Light di Wangsa Walk Mall menawarkan pengalaman yang lebih santai, berwarna-warni, dan penuh gaya retro.

Dari saat anda melangkah masuk ke tempat ini, anda akan disambut dengan cahaya neon, irama muzik yang rancak, serta suasana Instagrammable yang terasa seperti ala-ala Stranger Things tetapi dengan sentuhan yang moden.

Sesuai untuk pasangan yang mahu wind down selepas minggu yang sibuk, skating di Roller Light bukan sahaja tentang bergerak mengelilingi ruang, tetapi juga tentang pergerakan yang in sync bersama pasangan anda sambil menikmati momen.

Bagi yang tidak mahir, jangan risau. Kasut roda disediakan, alat bantu boleh disewa, dan suasananya cukup mesra untuk beginners. Malah, loker percuma dan persekitaran yang cantik menjadikan pengalaman lebih selesa dari awal sampai habis. Memang berbaloi!

(Sumber: Klook)

Lokasi:

 Lot 1-39 & 1-40, Ground Floor, Wangsa Walk Mall,

Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10:30 a.m. – 9:30 p.m. (Setiap hari)

Harga:

RM35 seorang

Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.

Juice Social Banner