7 Airbnb Menarik Bawah RM500 di Pulau Pinang Yang Korang Wajib Tahu

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp
(sumber: Airbnb)

Pulau Pinang bukan sekadar syurga makanan; ia adalah destinasi yang memikat hati dengan tempat bersejarah, seni jalanan yang hidup, dan gabungan budaya lama serta gaya hidup moden.

Sama ada anda mahu melarikan diri seketika daripada kesibukan harian atau sekadar ingin me time, pilihan tempat penginapan yang tepat akan melengkapkan pengalaman anda di Pulau Pinang.

Tidak perlu belanja besar untuk menikmati semuanya. Dengan bajet di bawah RM500 semalam, anda masih boleh menginap di ruang yang cantik, selesa, dan bersih.

Bagi kaki travel, JUICE telah sediakan tujuh pilihan Airbnb di Pulau Pinang yang bukan sahaja berpatutan, tetapi juga cukup menarik untuk dijadikan sebahagian daripada kenangan percutian anda.

Berikut ialah lima pilihan Airbnb menarik di Pulau Pinang dengan harga bawah RM500 semalam, sesuai untuk percutian bajet:

1. Comfort Bliss OneRoom Suite

(sumber: Airbnb)

Terletak di Georgetown, suite minimalis ini direka dengan keutamaan pada kesederhanaan dan keselesaan. Ruangnya yang cozy, dihiasi secara ringkas tetapi elegan, dilengkapi dengan balkoni peribadi serta pemandangan laut yang menenangkan, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang menginginkan percutian yang relaxing.

Selain Wi-Fi percuma dan ruang kerja yang praktikal, tetamu juga dapat menikmati kemudahan tempat letak kereta percuma. Lokasinya yang strategik membolehkan anda melawat pelbagai tarikan berdekatan, tanpa perlu pergi jauh dari tempat penginapan.

Lokasi:

57-G-1, Mansion One, Jln Sultan Ahmad Shah, 

10050 George Town, Pulau Pinang

Harga:

RM170+

Tempah sekarang di sini!

2. Penang 56 Residence Double Room

(sumber: Airbnb)

Ini antara pilihan bajet paling rendah dalam senarai, tetapi jangan pandang sebelah mata sebab bilik ini tetap ada value. Terletak di Jelutong, ia dilengkapi penghawa dingin, Wi-Fi, dan bilik mandi peribadi.

Suasana tenang dan nyaman menjadikannya sesuai untuk pelancong yang rajin berjalan atau mereka yang lebih suka menghabiskan masa di luar. Lokasinya juga mudah diakses dari pusat bandar, jadi anda tidak perlu risau soal pengangkutan atau masa.

Lokasi:

Penang 56 Residence, Jelutong,

11600 Penang,

Harga:

RM92+

Boleh tempah di sini!

3. Modern 1 Bedroom Family Suite 

(sumber: Airbnb)

Kalau anda jenis yang suka penginapan dengan sentuhan moden dan ruang yang selesa, suite ini wajib masuk senarai. Terletak di kawasan Karpal Singh Drive yang upbeat, unit ini lengkap dengan dapur kecil, ruang tamu, dan Wi-Fi.

Sesuai untuk keluarga enam orang atau pasangan yang suka stay in selepas seharian meneroka Georgetown. Nak makan? Berderet restoran, kafe, dan bar menarik hanya beberapa langkah dari bangunan ini.

Lokasi:

Maritim Suite, Karpal Singh Dr,

11600 George Town, Penang

Harga:

RM240+

Klik sini untuk tempah sekarang!

4. Ocean Bliss Duplex

(sumber: Airbnb)

Duplex dua tingkat ini berada di tengah-tengah bandar, menawarkan gabungan reka bentuk moden dan suasana yang tenang. Melalui tingkap besar dari lantai ke siling, anda boleh menikmati pemandangan bandar dan laut yang memukau, sesuatu yang jarang ditemui pada harga sebegini.

Lokasinya juga cukup ideal, dengan restoran, pusat beli-belah, dan laluan joging di tepi laut yang terletak hampir dengan bangunan ini.

Direka dengan fokus kepada keselesaan, ruang ini mengimbangi urban sophistication dengan ketenangan semula jadi. Sesuai untuk keluarga kecil atau rakan-rakan yang mencari penginapan stylish tanpa perlu berbelanja besar.

Lokasi:

Maritim Suite, Karpal Singh Dr,

11600 George Town, Penang

Harga:

RM339+

Nak tempah boleh klik sini!

5. Camping Style 2-Bedroom Duplex

(sumber: Airbnb)

Untuk sesuatu yang sedikit quirky dan lain daripada yang lain, duplex dua bilik tidur ini tampil dengan konsep ‘camping style‘ dalam rumah, bukan dalam hutan.

Terletak di kawasan Maritime, penginapan ini lengkap dengan dua bilik mandi, dapur, dan ruang tamu, sesuai untuk mereka yang suka staycation yang unik. Ia memberi rasa santai seperti berkhemah, tetapi dengan kemudahan moden yang lengkap.

Lokasi:

Maritim Suite, Karpal Singh Dr,

11600 George Town, Penang

Harga:

RM360+

Berminat? Boleh klik sini untuk tempah.

6. Exquisite 2 BR Seaview Suite 

(sumber: Airbnb)

Terletak di bangunan kediaman serba baharu bertaraf tinggi di tengah-tengah Georgetown, suite dua bilik tidur ini baru sahaja diubah suai sepenuhnya dengan suasana homey yang memberi tumpuan kepada keselesaan dan pengalaman bermalam yang berkesan.

Ruangnya moden tetapi mesra, sesuai untuk mereka yang mahu bercuti sambil rasa seperti di rumah sendiri. Lokasinya juga merupakan nadi kepada tarikan utama, right where you should be jika anda benar-benar mahu ‘menyelami’ Pulau Pinang.

Dan paling istimewa, unit ini menghidangkan pemandangan bandar dan laut yang cukup memukau, menjadikannya antara spot terbaik untuk menikmati senja tanpa perlu melangkah keluar.

Lokasi:

Tropicana 218, Jln Macalister,

10400 George Town, Pulau Pinang

Harga:

RM344+

Kena dengan cita rasa anda? Boleh klik sini untuk tempah.

7. Penang HomeStay – Studio 

(sumber: Airbnb)

Bagi yang ingin lari sebentar dari hiruk-pikuk bandar tanpa betul-betul keluar dari zon urban, studio ini ialah pilihan yang praktikal dan moden.

Terletak kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, unit ini juga hanya 10 minit pemanduan dari Georgetown dan Universiti Sains Malaysia.

Lokasinya dikelilingi pelbagai kemudahan, termasuk restoran hotel dengan buffet breakfast dan high tea betul-betul di sebelah bangunan Airbnb, kedai serbaneka 24 jam, serta deretan gerai makanan tempatan yang boleh diakses dengan berjalan kaki.

Studio ini sesuai untuk satu hingga tiga orang, lengkap dengan katil bersaiz king, sofa empuk, dapur kecil, mesin basuh dan pengering, serta digital TV dan Wi-Fi.

Lokasi:

Lot 72452, Jalan Sultan Azlan Shah,

Kampung Sungai Nibong,

11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Harga:

RM196+

Berminat? Klik sini

Walaupun harga boleh berubah mengikut musim dan tarikh, ketujuh-tujuh pilihan ini pernah ditawarkan bawah RM500 semalam dan semuanya menawarkan value yang sukar dicari di tempat lain

Sama ada anda peminat street food, pencinta seni, atau sekadar mahu melarikan diri sekejap dari rutin harian, Pulau Pinang sentiasa ada tempat untuk anda.

Nota: Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan semakan pada bulan Mei 2025 dan mungkin berubah mengikut musim, hari tempahan, atau kadar permintaan semasa. Untuk maklumat lanjut dan harga terkini, sila rujuk pautan link Airbnb yang disediakan.

Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.

Juice Social Banner