‘Dik, Nak Karipap Tak?’ Hantu Ciptaan Budak Asrama Yang Masih Kekal Sampai Sekarang
Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Facebook, Instagram, TikTok and WhatsApp

Bukan pontianak. Bukan langsuir. Tapi tetap berjaya buat ramai pelajar terbayang-bayang muka seorang mak cik misteri dengan satu dialog ikonik:
“Dik, nak karipap tak dik?”
Bagi yang pernah duduk asrama, rumah sewa, atau budak uni, hantu ini bukan asing lagi. Sejurus masuk asrama atau uni, confirm akan ada senior atau rakan lain yang akan bercerita mengenai hantu ini.
Dikenali sebagai Hantu Makcik Karipap, *entiti ini bukan seperti hantu-hantu klasik yang lain kerana kisahnya yang sering diceritakan di institut pengajian tinggi.
Seram pun ada, kelakar pun ya, dan sampai sekarang masih disebut-sebut walaupun zaman dah semakin moden.
Asal-usul lagenda hantu Mak Cik Karipap
Menurut video dari ML Studios, hantu ini akan menjelma pada waktu tengah malam di tepi tingkap dan akan mengganggu pelajar yang mengulang-kaji pada waktu tersebut dengan rupanya yang hodoh dan menyeramkan sambil membawa karipap untuk dijual.
Dikatakan bahawa hantu ini asal-usulnya sudah menghuni di sekolah atau tempat tersebut pada waktu yang lama, dan mempunyai urusan yang tidak selesai. Disebabkan itu dia muncul dalam bentuk hantu mak cik karipap.
Ada juga yang mengatakan bahawa hantu ini hanya sekadar rekaan oleh pelajar yang malas untuk mengulang- kaji, jadi cerita ini direka bagi menakutkan pelajar lain yang ingin belajar sehingga lewat malam.
Kisah hantu Mak Cik Karipap

Berdasarkan kisah lagenda yang sering diceritakan dalam kalangan pelajar, kejadian ini berlaku pada suatu malam apabila sekumpulan pelajar senior telah merancang untuk mengenakan seorang pelajar junior. Mereka meminta junior tersebut membeli karipap di tingkat 3, Blok D.
Walhal, Blok D itu sebenarnya tidak wujud langsung di sekolah mereka. Tujuan mereka hanyalah untuk menguji dan mempermainkan junior itu.
Namun, yang mengejutkan, pelajar tersebut benar-benar kembali dengan karipap di tangan. Ketika itu, para senior mula merasa hairan dan tidak sedap hati.
Bagaimana mungkin dia mendapat karipap dari tempat yang sepatutnya tidak wujud?
Lebih menghairankan, pelajar itu memberitahu bahawa dia memang berjumpa dengan seorang mak cik yang memberinya karipap di lokasi yang dimaksudkan, dan mak cik tersebut turut menitipkan pesanan supaya para senior berhenti membuli pelajar junior.
Zaman sebelum ada media sosial pun cerita ni dah viral

Sebelum wujudnya FYP Tiktok dan X thread, cerita ini hidup dalam forum seperti Cari dan Lowyat.
Ramai yang kata pernah “kena”. Kononnya, tengah malam waktu study atau baring di katil, terdengar suara perlahan dari luar tingkap bilik.
Ada yang berani jenguk, ada yang terus tarik selimut dan pura-pura tidur. Walaupun kedengaran merepek, elemen “boleh jadi betul” itu yang buat cerita ini melekat dalam kepala.
Kisah entiti ini masih relevan hingga kini kerana ia sering diturunkan kepada batch-batch baru di universiti

Sebab cerita ini dah jadi macam ritual tak rasmi pelajar asrama. Setiap batch mesti ada yang akan bercerita mengenai hantu ini.
Sama ada masa minggu orientasi, waktu lepak malam-malam, atau bila blackout secara tiba-tiba, kisah ini sering diulang-ulang, dan lagi pelik atau random versi cerita itu, lagi mudah ia melekat.
Tidak kisah sama ada pernah diganggu ataupun tidak, bila sebut je nama dia, semua mesti akan tahu pasal hantu ini.
Dalam konteks cerita ni, karipap bukan sekadar kuih, ia menjadi satu objek misteri, dan persoalan tentang misteri entiti ini sering dinaikkan.
Kenapa mak cik ini sering menjual karipap ketika tengah malam? Karipap itu ada isi ke? Atau ada something else? Persoalan ini kekal misteri. Tiada siapa yang tahu.
Legasinya masih hidup

Sampai sekarang, cerita hantu Makcik Karipap kekal sebagai antara urban legend tempatan paling ‘tiber’, tapi paling dikenang.
Entah betul entah tidak, tapi satu benda jelas, dia berjaya buat semua pelajar rasa seram nak study tengah malam.
Dan sekarang, bila orang bertanya, “Nak karipap tak?”, sudah pasti ada yang tersenyum kecil sambil imbas kenangan malam-malam sunyi masa zaman belajar dulu.
Hantu pun pandai berniaga, korang bila lagi?
Nak lagi artikel menarik? Baca cerita-cerita lain di Ikat Tepi di sini.
Get Audio+
Hot FM
Kool 101
Eight FM
Fly FM
Molek FM