Legenda Rock Amy Search Kembali Dengan Konsert Solo Pertama

Thirsty for JUICE content? Quench your cravings on our Instagram, TikTok and WhatsApp
Sumber gambar: New Straits Times

Legenda rock tanah air, Amy Search, bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April 2025 dengan konsert solo pertamanya yang diberi nama ‘Amy Search Magic’.

Ini merupakan peluang keemasan bagi para peminat untuk menyaksikan ikon rock Malaysia ini beraksi secara solo dalam satu persembahan yang pasti memukau!

Tema fesyen Rock It Like Amy selari dengan tajuk konsert tersebut.

Dalam satu kenyataan media, Amy menyeru para peminat untuk tampil dengan pakaian yang mencerminkan semangat rock and roll, sekaligus menghormati evolusi muzik rock sepanjang dekad.

“Saya mahu setiap yang hadir ke konsert ini menghidupkan semula gaya rock yang telah saya bawakan sepanjang empat dekad lalu,” katanya.

Butiran Konsert:

  • Tarikh: 26 April 2025 (Sabtu)
  • Masa: 8:30 malam
  • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil

Kategori Tiket & Harga:

  • The Rock Zone – RM1388 (SOLD OUT)
  • Rock Royalty – RM788
  • Saatku Idamkan – RM608
  • Kalimah Cinta – RM538
  • Kerja Gila – RM388
  • Gita Rama Sita – RM288
  • Lagu: Tiada Lagi – RM188

Semua tiket adalah bertempat duduk, memastikan keselesaan penonton sepanjang konsert berlangsung.

Konsert ini dianjurkan oleh The WonderLand Group dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia. Rakan media rasmi termasuk Media Prima, manakala rakan radio rasmi terdiri daripada Hot FM, Kool FM, Molek FM. Papan iklan rasmi akan dipaparkan oleh Big Tree, dan tempat penginapan rasmi adalah di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keajaiban muzik Amy Search secara langsung! Dapatkan tiket anda sebelum kehabisan.

Juice WhatsApp banner